assalamualaikum n hye semua..
pejam celik pejam celik Arissa dah 4 bulan 4 hari usia dia.. terasa macam baru semalam aku lahirkan dia...terasa macam baru semalam aku jejakkan kaki ke labour room..terasa macam baru semalam aku lahirkan dia..cepatnya masa..cepatnya awak membesar Arissa... tolongla jangan membesar terlalu pantas.. mummy belum puas peluk awak, mummy belum puas tengok awak senyum.. hmm..arini terasa nak share birth story aku walaupun tak complicated macam orang lain, birth story yg sangat pendek waktunya, tapi tetap bermakna dalam hidup aku..akanku tunjukkan pada Arissa suatu hari nanti..biar dia tahu mummy dia bangga dapat lahirkan dia..mummy dia gembira dan bahagia walaupun sakit yg teramat sangat..
1 Feb 2015
Kandungan aku masuk 39week.. Bangun pagi dengar kecoh2 dekat belakang rumah, pergi tengok sekor kucing yang selalu lepak kat umah mak aku dah beranak.. 4 ekor anak dia... lepastu dengar mak aku cakap "kucing pun dah beranak, orang ja tak beranak-ranak lagi".... ok sentap sat.. ayat yang ditujukan khas untuk aku.. aku still macam biasa, still enjoy the pregnancy life, still keluar jalan2, still aktif, langsung takda tanda2 sakit atau pun nak bersalin. Malam tu semua family aku keluar pergi Sg Petani sebabnya nak ambik sekor kucing kat sana.. *family aku mmg addict dengan kucing. tapi aku tak ikut sebab malas..mak aku punya risau takut aku terberanak kat umah dia tinggalkan sorang adik aku sbgai teman dan driver incase aku nak beranak dah..
malam tu aku melantak memang cukup2 banyak..melantak ok bukan makan.. first lepas maghrib tu aku makan maggi sebungkus, habis maggi aku makan nasi pulak sepinggan, then mak aku balik aku mintak diorang belikan oblong..yes, habis aku bedal malam tu jugak.. adik aku pelik apasal aku melantak banyak sgt2 malam tu sebab biasanya aku makan tak banyak sangat bila dah hujung2 pregnancy tu..perut dah full kan.. mak aku plak, setiap kali nampak aku ja mesti ayat dia "kak,hg tak rasa sakit ka turun tanda ka apa2 ka"..tu ayat wajib mak aku setiap kali nampak muka aku..dan jawapan aku ofkos la TAK.. malam tu sebelum tido call hubby gtau dia suruh get ready sebab anytime aku boleh deliver walaupun langsung takda tanda2...
2 Feb 2015
jam 2 pagi, perut aku memulas2, lari masuk toilet dua tiga kali jugak..ok aku fikir just efek sebab makan banyak sangat.. then, jam 4 pagi, terasa something keluar, pergi toilet yes, dah turun tanda..dah keluar mucus plug tapi still tak sakit sangat..just biasa2 ja..masuk bilik amik towel dan mandi..sental2 seluruh badan..lega.
jam 6 pg, start sakit kuat, mundar mandir dalam rumah layan contraction dulu..ingat nak tunggu azan bru nak kejutkan mak aku, tapi tetiba adik aku bangun dan dia kejutkan mak aku..tak sempat nak tunggu azan..kelam kabut mak aku bangun..abah aku plak keja time tu.. masuk bilik, amik beg baju call hubby mintak balik.. dalam kereta still boleh sms dengan hubby semua lagi.. sampai hospital dalam 6.40pg camtu mak aku nak ambikkan wheelchair tapi aku cakap aku nak jalan kaki sendiri ke labour room tingkat 1.. sampai labour room, tukar baju start sakit yg gila2 punya, panggil nurse, buat ve dah 5cm.. terus tolak masuk dalam bilik bersalin tu.. sekali lagi buat ve dah 7cm..nurse semua terkejut sebab bukaan terlalu cepat. 5 min dah buka jdi 7cm..contraction makin kuat.. 3 min sekali.. tetiba terasa nak teran, buat ve dah 8cm tapi diorang tak bagi teran lagi sebab anak 1st kena tunggu 10cm bru boleh.. masa tu aku dah tak tahan nak teran, doktor pecahkan ketuban dan tolong bukakan jalan.. 8.05pgi, selamatlah aku lahirkan seorang puteri..sempat buat skin to skin kejap sebelum baby diberi oksigen sebab hampir lemas..
jam 11am baru dapat baby n df dia..terasa bahagianya saat tu..bahagia bila baby diletakkan dipangkuan.. alhamdulillah baby sihat walaupun masa pregnent aku diberi macam2 ujian, tapi aku dipermudahkan semasa urusan bersalin..so, bermulalah episod pantang memantang aku... haha..
now, 4 bulan sudah berlalu.. Arissa pun dag boleh niarap..terasa rindu pulak saat2 dia ada dalam perut aku...huhuhu... sekarang aku pun dah mula bekerja..sedih bila masa dengan dia makin kurang..sedih sebab terpaksa tinggalkan dia dekat orang untuk dijaga..harap dia boleh maafkan aku sebab tak dapat nak jaga dia sepenuhnya..harap dia akan behave bila duduk dengan mama dia tu..harap dia akan jadi anak yg baik..aminn..
like mummy like daughter..sapa lagi comei?? haha..
duck face katanya..
hobi!
day 1 to 3 month..later will update 4 month..
notauntukArissa: sayang jadi anak yang baik ye, anak solehah, behave ok bila duduk dengan mama.. mummy minta maaf sebab terpaksa tinggalkan Arissa dekat mama waktu mummy keluar pergi kerja...insyaallah suatu hari nanti bila keadaan dah stabil, mummy akan berhenti kerja..maafkan mummy sebab tak dapat besarkan Arissa sepenuhnya.. moga Arissa sentiasa kuat dan tabah ye sayang.. mummy love u and will always love u.. Arissa adalah nyawa mummy.. Please2, biar mummy yg jadi org 1st dapat tengok Arissa merangkak dan berjalan nanti.. nnti perkataan 1st sebut "mummy" k bukan "mama"...