budak2 blurr yg comel...

Thursday, March 15, 2012

terima kasih keran mem"femes'kan saya...!!!

assalamualaikum n hye semua....

semalam melayan2 fesbuk ada la seorang dua hamba Allah yang sengaja @ tidak memfemeskan diriku seketika. aku dijadikan topik hangat dalam perbincangan di satu group ni...semuanya gara2 aku menjadi admin di group tersebut. orang jadi admin pun nak kecoh ka?? pagi tadi masa bangun dari tidur aku dapat mesej dari bff aku. katanya isu aku jadi admin di group tersebut dipertikaikan sesetengah orang. macam2 la perangai orang kan... masa aku baca mesej dari bff aku tu aku sebenarnya dah dapat agak kenapa aku yang dipertikaikan. mereka2 tidak berpuas hati sebab aku hanyalah insan biasa di universiti. tiada jawatan yang melayakkan aku untuk menjadi admin di group tersebut. macam lawak sangat2 kan. tak da isu lain yang lebih besar boleh ditimbulkan selain isu admin tu. dan bila balik kelas tadi aku on fesbuk ternyata ramalanku benar belaka. katanya kenapa aku boleh jadi admin? ada ke'bias'an dalam group tu...hahahah..pemikiran yang sempit.

bila aku baca komen2 mereka2 itu, aku hanya mampu tersenyum ja.. tak sangka fake account pun ada pemikiran yang sempit camtu. aku pun dah print screen komen2 mereka2 tu. bukan niat nak besar2kan hal atau nak malukan sesapa tapi hanya sekadar perkongsian dengan anda2 semua teman2 maya aku.... bagi anda yang suka menabur fitnah dan menuduh serta memprovok orang sesukahati bertujuan membangkitkan pergaduhan, insaflah sebelum terlambat. bersangka baiklah sentiasa sebelum anda mengetahui kebenarannya. jangan sampai rindakan anda memalukan diri sendiri. berani kerana benar. tak perlu menggunakan fake account semata2 untuk menjatuhkan orang lain.



notatakberkaitan : maaf kalau post ini membangkitkan perasaan kurang senang di hati sesiapa. aku pun dah padam nama2 mereka2 itu. terima kasih pada yang sentiasa memberi sokongan pada aku dan admin lain. pada mereka2 yang secara sengaja @ tak mahu menjatuhkan air muka aku, aku maafkan anda semua. kalau ada yang masih tak berpuas hati, tegurlah dengan baik.. insyaallah aku akan hargai setiap teguran dari anda.


thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

1 comment:

Anonymous said...

sabar k...:)...just do your job..i will always support you..-Mr teddy-