budak2 blurr yg comel...

Wednesday, April 27, 2016

i'm back

assalamualaikum n hye semua...

dah lama sangat2 aku tak jenguk blog ni.. sampai dah terlupa kewujudan blog ni.. life sekarang sangat2 sibuk..sibuk menguruskan anak dara kecik tu.. sejak2 dah masuk umur setahun ni, macam2 keletah dan perangai dia.. yang pasti dia tetap manja.. sekarang ni dia dah setahun 2 bulan.. dah berjalan, cakap banyak walaupun aku tak faham, dah boleh faham arahan, dah kenal sikit2 anggota badan dan yg paling best kuat merajuk...

aku pulak sekarang ni tengah tunggu kedatangan ahli baru..insyaallah bulan puasa tahun ni bertambah lagi seorang ahli dalam keluarga kecil kami.. kandungan aku pun dah masuk 33w sekarang ni.. kesian adik baby..dulu masa arissa aku rajin update setiap perkembangan dia kat dalam ni..tapi kali ni, ini 1st time aku update..maafkan mummy sayang.. mummy sibuk sangat2...

 walaupun mummy takda update dalam ni tapi mummy tetap sayang dan tak sabar nak tunggu awak lahir.. daddy dan kakak arissa pun sama..kakak arissa setiap hari mesti akan kiss perut mummy..awak mesti rasa kan sayang? awak mesti rasa kan tangan kecil kakak arissa usap2 perut mummy main2 dgn awak.. 

_________________________________________________________________________________

aritu masa 28w aku dah scan.. kali ni adik baby semangat pulak tunjuk jantina..tak malu2 macam kakanya dulu..sampai ke lahir taknak tunjuk.. so aku pun senang nak buat persiapan.. anak 1st ke anak 2nd ke, eksitednya tetap sama.. alhamdulillah kali ni sepanjang hamil aku dipermudahkan.. takde alahan, masih kuat, cergas macam biasa.. harapnya juga aku akan dipermudahkan masa bersalin nanti sama macam aku dipermudahkan masa bersalinkan arissa.. harapan aku satu je supaya en hubby dapat teman aku masa bersalin nanti..

ok la..gtg..boss dah panggil.. see u soon..bai..

thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

Friday, October 9, 2015

resipi rendang daging simple

assalamualaikum n hye semua..

hari rabu ritu, balik kerja mr hubby cakap "kalau masak rendang pun sedap gak nih".tapi disebabkan bahan2 takda, aku cakap kat dia tunggu esok la.. so semalam habis kerja singgah kedai dan beli la barang2 untuk buat rendang tu..bahan2 dia sangat mudah..

bahan kisar : 
- cili kering
-bawang besar
-bawang putih
-halia
-lengkuas
-serai
-cili hijau

bahan lain
-santan
-daging/ayam/kerang
-kerisik
-garam gula/ perencah cukup rasa
-daun limau purut/daun kunyit

cara2..
1. blend ja bahan kisar tu semua sekali.. kuantiti ikut suka hati. kalau nak pedas, lebihkan cili.
2. panaskan minyak, tuang bahan kisar biarkan sampai pecah minyak.
3.masukkan santan. aku guna santan serbuk je sebab lagi cepat kering dari santan cair tu. santan serbuk tu just tuang dan kacau je.tak payah campur air.
4.masukkan kerisik. kacau lagi sampai pecah minyak.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa..kalau tak pandai nak bajet camna, letak je perencah cukup rasa maggi tu ha..
6. masuk daging/ayam/kerang. masak sampai daging tu lembut dan masak. 
7. bila dah dekat2 nak masak tu masukkan je daun limau purut dgn daun kunyit dalam tu..kalau nak kering, masak la sampai kering..kalau nak berkuah, rasa2 dah masak tu boleh tutup api.

Anggaran masa memasak ni lebih kurang satu jam jugak la sebab ada assistant..si Arissa yang sibuk nak menjengah jugak kat dapur..


tadaaaa.. ni lah hasilnya.. mr hubby bagi 9/10 untuk rendang ni.. gigih tengah malam pun dia bangun makan nasi walaupun hanya kuah yang tinggal..


ni pulak my assistant.. dah 8 bulan pun ha.. membesar dengan baik dan makin bijak...

sekian. cubalah pasti puas hati..kbai.


thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

Friday, August 14, 2015

bila Arissa marah...

assalamualaikum n hye semua...

kalau korang nak tahu, arissa ni kalau dia marah, memang terjerit2 la suara dia..marah sungguh2 ok bukan main2 punya marah..garang sangat... bila dia marah tu, habis taekwando, silat, gusti semua skill yg ada akan kuar..nah korang tengok la sendiri ok..


video


thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

Friday, August 7, 2015

she's now 6 month old..

assalamualaikum n hye semua..

firstly tolong jangan muak dan muntah sebab entry2 aku sekarang ni memang pasal little angle aku ja.. satu hari nanti bila dia besar akan aku tunjukkan pada dia apa yg terkandung dalam blog ni sebab setiap yang terjadi dari perkenalan aku dengan daddy dia semua ada dalam ni...aku nak dia tahu aku gembira dan bangga lahirkan dia..

hari ni arissa dah 6 bulan 6 hari.. alhamdulillah perkembangan dia memang cepat. masa dalam pantang lagi dia dh boleh pusing2 ngiring badan sendiri. umur 3 bulan dah pusing niarap walaupun niarap ikut mood.. 5 bulan lebih dah menyulur..sekarang makin2 aktif..mulut asyik potpetpotpet tak henti walaupun aku tak faham apa dia cakap.. dia memang anak yg sangat bijak. jumpa orang pun boleh tgur "hai".. yg paling best dia pandai bila suruh "give me 5".. haha.. selama 6 bulan lebih, aku bersyukur still dapt full bf dia.. walaupun dulu orang sekeliling suruh bg fm sbb badan dia nmpak kurus..tapi aku tetap berdegil..ya degil aku yg aku rasa sangat membantu perkembangan anak aku. 

sekarang ni arissa dah start makan.. dia memang suka makan tapi bila orang lain yg suapkan.. dengan mummy dia taknak makan..nak ngempeng ja.. first day aku buatkan puree kurma untuk dia.. bila aku suap dia luahkan balik tapi bila daddy dia yg suap, habis dia makan.. ngada sungguh main pilih2 orang.. btw, daddy dia yg super over excited bila anak dah boleh makan..seronok eh bila anak dah boleh makan..takda la meleleh air liur tengok mummy daddy makan kan...arini ari ke 6..tengah bereksperimen dengan puree carrot plak..harap dia ok la..

jom layan gambar2 dia bila dah 6 bulan nih..


raya time.. (masa ni tak masuk 6 bulan lagi)

macam gangster pun ada gak gayanya tu...

selamat hari raya dari we ollss..

arissa will be super excited when she with her daddy...

bila daddy yg siapkan anak..comel tak? hihihi..

ready dah nak makan..tapi yg penting kena baham mainan tu dulu...


bila daddy yg suapkan anak.. sama2 niarap sebab arissa takmau makan bila bgi duduk..gerrr..




thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

Sunday, June 7, 2015

birth story.. kenangan untuk Arissa..

assalamualaikum n hye semua..

pejam celik pejam celik Arissa dah 4 bulan 4 hari usia dia.. terasa macam baru semalam aku lahirkan dia...terasa macam baru semalam aku jejakkan kaki ke labour room..terasa macam baru semalam aku lahirkan dia..cepatnya masa..cepatnya awak membesar Arissa... tolongla jangan membesar terlalu pantas.. mummy belum puas peluk awak, mummy belum puas tengok awak senyum.. hmm..arini terasa nak share birth story aku walaupun tak complicated macam orang lain, birth story yg sangat pendek waktunya, tapi tetap bermakna dalam hidup aku..akanku tunjukkan pada Arissa suatu hari nanti..biar dia tahu mummy dia bangga dapat lahirkan dia..mummy dia gembira dan bahagia walaupun sakit yg teramat sangat..

1 Feb 2015

Kandungan aku masuk 39week.. Bangun pagi dengar kecoh2 dekat belakang rumah, pergi tengok sekor kucing yang selalu lepak kat umah mak aku dah beranak.. 4 ekor anak dia... lepastu dengar mak aku cakap "kucing pun dah beranak, orang ja tak beranak-ranak lagi".... ok sentap sat.. ayat yang ditujukan khas untuk aku.. aku still macam biasa, still enjoy the pregnancy life, still keluar jalan2, still aktif, langsung takda tanda2 sakit atau pun nak bersalin. Malam tu semua family aku keluar pergi Sg Petani sebabnya nak ambik sekor kucing kat sana.. *family aku mmg addict dengan kucing. tapi aku tak ikut sebab malas..mak aku punya risau takut aku terberanak kat umah dia tinggalkan sorang adik aku sbgai teman dan driver incase aku nak beranak dah..

malam tu aku melantak memang cukup2 banyak..melantak ok bukan makan.. first lepas maghrib tu aku makan maggi sebungkus, habis maggi aku makan nasi pulak sepinggan, then mak aku balik aku mintak diorang belikan oblong..yes, habis aku bedal malam tu jugak.. adik aku pelik apasal aku melantak banyak sgt2 malam tu sebab biasanya aku makan tak banyak sangat bila dah hujung2 pregnancy tu..perut dah full kan.. mak aku plak, setiap kali nampak aku ja mesti ayat dia "kak,hg tak rasa sakit ka turun tanda ka apa2 ka"..tu ayat wajib mak aku setiap kali nampak muka aku..dan jawapan aku ofkos la TAK.. malam tu sebelum tido call hubby gtau dia suruh get ready sebab anytime aku boleh deliver walaupun langsung takda tanda2...  

2 Feb 2015

jam 2 pagi, perut aku memulas2, lari masuk toilet dua tiga kali jugak..ok aku fikir just efek sebab makan banyak sangat.. then, jam 4 pagi, terasa something keluar, pergi toilet yes, dah turun tanda..dah keluar mucus plug tapi still tak sakit sangat..just biasa2 ja..masuk bilik amik towel dan mandi..sental2 seluruh badan..lega.

jam 6 pg, start sakit kuat, mundar mandir dalam rumah layan contraction dulu..ingat nak tunggu azan bru nak kejutkan mak aku, tapi tetiba adik aku bangun dan dia kejutkan mak aku..tak sempat nak tunggu azan..kelam kabut mak aku bangun..abah aku plak keja time tu.. masuk bilik, amik beg baju call hubby mintak balik.. dalam kereta still boleh sms dengan hubby semua lagi.. sampai hospital dalam 6.40pg camtu mak aku nak ambikkan wheelchair tapi aku cakap aku nak jalan kaki sendiri ke labour room tingkat 1.. sampai labour room, tukar baju start sakit yg gila2 punya, panggil nurse, buat ve dah 5cm.. terus tolak masuk dalam bilik bersalin tu.. sekali lagi buat ve dah 7cm..nurse semua terkejut sebab bukaan terlalu cepat. 5 min dah buka jdi 7cm..contraction makin kuat.. 3 min sekali.. tetiba terasa nak teran, buat ve dah 8cm tapi diorang tak bagi teran lagi sebab anak 1st kena tunggu 10cm bru boleh.. masa tu aku dah tak tahan nak teran, doktor pecahkan ketuban dan tolong bukakan jalan..  8.05pgi, selamatlah aku lahirkan seorang puteri..sempat buat skin to skin kejap sebelum baby diberi oksigen sebab hampir lemas..

jam 11am baru dapat baby n df dia..terasa bahagianya saat tu..bahagia bila baby diletakkan dipangkuan.. alhamdulillah baby sihat walaupun masa pregnent aku diberi macam2 ujian, tapi aku dipermudahkan semasa urusan bersalin..so, bermulalah episod pantang memantang aku... haha..

now, 4 bulan sudah berlalu.. Arissa pun dag boleh niarap..terasa rindu pulak saat2 dia ada dalam perut aku...huhuhu... sekarang aku pun dah mula bekerja..sedih bila masa dengan dia makin kurang..sedih sebab terpaksa tinggalkan dia dekat orang untuk dijaga..harap dia boleh maafkan aku sebab tak dapat nak jaga dia sepenuhnya..harap dia akan behave bila duduk dengan mama dia tu..harap dia akan jadi anak yg baik..aminn..

like mummy like daughter..sapa lagi comei?? haha..

duck face katanya..

hobi!

day 1 to 3 month..later will update 4 month..

notauntukArissa: sayang jadi anak yang baik ye, anak solehah, behave ok bila duduk dengan mama.. mummy minta maaf sebab terpaksa tinggalkan Arissa dekat mama waktu mummy keluar pergi kerja...insyaallah suatu hari nanti bila keadaan dah stabil, mummy akan berhenti kerja..maafkan mummy sebab tak dapat besarkan Arissa sepenuhnya.. moga Arissa sentiasa kuat dan tabah ye sayang.. mummy love u and will always love u.. Arissa adalah nyawa mummy.. Please2, biar mummy yg jadi org 1st dapat tengok Arissa merangkak dan berjalan nanti.. nnti perkataan 1st sebut "mummy" k bukan "mama"...




thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..