assalamualaikum n hye semua..
hari rabu ritu, balik kerja mr hubby cakap "kalau masak rendang pun sedap gak nih".tapi disebabkan bahan2 takda, aku cakap kat dia tunggu esok la.. so semalam habis kerja singgah kedai dan beli la barang2 untuk buat rendang tu..bahan2 dia sangat mudah..
bahan kisar :
- cili kering
-bawang besar
-bawang putih
-halia
-lengkuas
-serai
-cili hijau
bahan lain
-santan
-daging/ayam/kerang
-kerisik
-garam gula/ perencah cukup rasa
-daun limau purut/daun kunyit
cara2..
1. blend ja bahan kisar tu semua sekali.. kuantiti ikut suka hati. kalau nak pedas, lebihkan cili.
2. panaskan minyak, tuang bahan kisar biarkan sampai pecah minyak.
3.masukkan santan. aku guna santan serbuk je sebab lagi cepat kering dari santan cair tu. santan serbuk tu just tuang dan kacau je.tak payah campur air.
4.masukkan kerisik. kacau lagi sampai pecah minyak.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa..kalau tak pandai nak bajet camna, letak je perencah cukup rasa maggi tu ha..
6. masuk daging/ayam/kerang. masak sampai daging tu lembut dan masak.
7. bila dah dekat2 nak masak tu masukkan je daun limau purut dgn daun kunyit dalam tu..kalau nak kering, masak la sampai kering..kalau nak berkuah, rasa2 dah masak tu boleh tutup api.
Anggaran masa memasak ni lebih kurang satu jam jugak la sebab ada assistant..si Arissa yang sibuk nak menjengah jugak kat dapur..
tadaaaa.. ni lah hasilnya.. mr hubby bagi 9/10 untuk rendang ni.. gigih tengah malam pun dia bangun makan nasi walaupun hanya kuah yang tinggal..
ni pulak my assistant.. dah 8 bulan pun ha.. membesar dengan baik dan makin bijak...
sekian. cubalah pasti puas hati..kbai.
No comments:
Post a Comment