budak2 blurr yg comel...

Friday, November 12, 2010

jujur @ menipu...????

kita boleh mengetahui samada seseorang itu sedang berkata jujur ataupun sebaliknya melalui bahasa badannya...

SUARA

si jujur
  • tidak tersekat2 percakapan bila sedang berbual2 dengan pasangan.
  • setiap butir bicara lancar dan jelas. nada suaranya turu naik tidak menentu
  • berkata - kata pada tahap kederasan normal
si penipu
  • percakapan tersekat2 kerana sdg memikirkan bentuk cerita yg ingin disampaikan
  • tidak lancar dan kerap diselangi dengan ah, emm, err, hmmm, urm...
  • berkata2 pada kederasan yg tinggi
  • cerita tidak konsisten. jalan cerita berbeza pada hari yg berlainan
  • tidak mahu menjawab apa yg kita tanya
  • cepat2 mengubah topik perbualan utk mengalih perhatian kita
  • sering menafikan sesuatu
  • susunan ayat dan maklumat yg ganjil sehingga kadang2 mengelirukan
  • penjelasan pendek. kalau ditanya akan beri jawapan yg sama
  • sering mengatakan "percayakan saya"
  • ketawa yg bergetar kerisauan
EKSPRESI WAJAH

si jujur
  • senyum jelas jujur dan ikhlas
si penipu
  • senyuman ganjil dan terlalu lama
PERGERAKAN TUBUH

si jujur
  • tidak bermain-main dengan objek disekeliling
  • kurang menggunakan pergerakan badan
  • tidak mengalihkan posisi daripada pasangan
  • berkeadaan kurang cemas
si penipu
  • mudah bermain-main dengan objek disekeliling spt pensel, jam dsbnya
  • banyak melakukan pergerakan tubuh terutama menyentuh muka dan bhgian tubuh
  • mengalihkan posisi daripada pasangan
  • berkeadaan sedikit cemas dan resah
  • berkelakuan seperti ingin mengelak
  • bahu ada kalanya diangkat2 sedikit
MATA

si jujur
  • mengekalkan hubungan mata dalam keadaan biasa dan tetap
  • kerdipan mata pada tahap normal
si penipu
  • melihat ke arah lain dan kurang membuat hubungan mata
  • apabila mata cenderung ke arah kanan, dia sedang memikirkan sesuatu menggunakan otak kreatifnya
  • kerap mengerdipkan mata kerana cemas
perhatikan adakah tanda2 begini terdapat pada pasangan @ rakan anda...
thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

No comments: