budak2 blurr yg comel...

Saturday, October 29, 2011

kalau mereka boleh kenapa aku tidak???

assalamualaikum n hye semua....

tadi terdetik hati nak tengok majalah 3....kalau ikutnya aku takla minat sangat cerita2 macam tu...tapi bila takda cerita yang best kat astro tu so, aku pun tengok la majalah 3 tu...hmm...paparan malam ni memang sangat menyentuh hati aku...kalau sapa2 yang tengok aku rasa mesti korang pun akan rasa perasaan yang sama...kalau yang tak tengok tu meh aku cerita sikit2 pasal paparan malam ni...dalam majalah 3 tadi ada paparan tentang OKU berjaya menawan puncak gunung kinabalu...siapa sangka, orang yang kurang upaya, berjalan pun tak betul, mampu mendaki gunung setinggi tu....sebenarnya aku sangat kagum tengok semangat diorang tu....aku yang dilahirkan normal dan sihat anggota badan pun belum tentu mampu mendaki gunung tertinggi di malaysia tu...hampir menitis air mata aku bila tengok diorang dah berjaya sampai ke puncak...terfikir balik, aku yang sihat anggota ni pun bila time hiking bukit ja mesti macam2 mengeluh....penat la, sakit kaki la, susah la, licin la apa la...semua ada...tapi bila lihat kesungguhan diorang tu tadi, aku tetiba terasa malu dengan diorang...terasa malu dengan kejayaan diorang..terasa malu dengan semangat yang ada dalam diri diorang tu...bila fikir2 balik, kalau orang yang kurang upaya, tak sempurna anggota badan pun mampu lakukan seperti manusia yang normal lain lakukan, kenapa kita sebagai manusia yang normal tak boleh buat??? aku jadi insaf sendiri...kejayaan akan dapat bila kita berusaha... kita gagal kerana kita yang merancangnya....

jadi, nasihat aku untuk semua termasuk diri sendiri, bila kita rasa nak buat sesuatu tu, kita kena ada semangat yang kuat untuk capai apa yang kita mahukan...kejayaan tak akan datang dengan sendiri...apa yang penting disini bukan kerjasama, tapi usaha..ya..usaha yang berterusan..Insyaallah, dengan izin dari-NYA, kita berjaya mencapai keinginan kita tu...

ok la, jom kita sama2 teruskan usaha sampai berjaya...babai....




thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

1 comment:

Anonymous said...

yeah! kamu boleh!! jgn stress2 ya kamu..ada someone yang akan sentiasa menyokong termasuk lau ada cita2 nak panjat gunung tu..hehe