budak2 blurr yg comel...

Wednesday, December 7, 2011

jangan...jangan...jangan...

Jangan! Jangan! Jangan!

•Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

•Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar

najis, mengotori seluruh rumah Kita
.
•Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia

membahayakan
.
•Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi
kepapaan
.
•Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
.
•Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi
syaitan
.
•Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut Kita mati dalam

perjalanan.

•Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

•Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati Kita gelap diselaputi dosa.

•Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

•Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita

bersalah.

•Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

•Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabla

berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

•Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
.
•Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

•Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih

orang kepada Kita.

•Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat

dimakbulkan ALLAH.

•Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana

lebih lama Dan kekal selamanya.

•Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk

keselamatan Kita. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

•Jangan baca saja, tetapi hendaklah disusuli dengan amal. Ilmu tanpa amal seumpama pohon

yang tidak berbuah


notatakberkaitan : diambil dari mukabuku...




thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

No comments: