budak2 blurr yg comel...

Sunday, January 15, 2012

perkara - perkara diramal berlaku sepanjang 2012...

assalamualaikum n hye semua....
sekarang ni dah masuk tahun 2012...kalau mengikut kalendar maya, dunia akan berakhir pada 2012. tapi kalau mengikut Islam, wallahualam..hanya Allah yang tahu...walau apa pun penyelidik2 telah buat kajian dan ada beberapa peristiwa yang dijangka berlaku sepanjang 2012 nih.. cekidap...

1. kekurangan bahan logam nadir bumi (REM) yang diperlukan untuk menghasilkan barang termasuk motor elektrik, panel solar dan komponen komputer dan dijangka berlarutan selama 3 tahun.

2. gangguan bekalan makanan di barat. penganalisis berpendapat akan ada satu atau lebih gangguan bekalan serius yang membimbangkan warga AS.

3. jangkitan kuman yang mengalami evolusi dan berbahaya. jangkitan disebabkan daripada penyalahgunaan antibiotik dan kegagalan pihak hospital menjaga kebersihan tangan.

4. bukti baru kaitkan vaksin dengan neurologi seperti penyakit Alzheimer iaitu apabila penggunaan vaksin menyebabkan tindak balas tidak wajar pada badan seseorang.

5. grid tenaga AS menghadapi kegagalan besar apabila tidak berfungsi dan menyebabkan puluhan juta orang berada dalam kegelapan.

6. kerosakan satelit yang boleh menyebabkan gangguan menyeluruh dalam perkhidmatan komunikasi.

7. pencemaran hasil perladangan yang diubahsuai secara genetik membawa kepada ketegangan antara peladang yang terjejas dengan konglomerat pertanian utama.

8. kemerosotan populasi lebah madu yang akan menyebabkan populasi lain turut menurun.

9. pola cuaca semakin berubah secara radikal. akan berlaku lebih banyak banjir, gempa bumi, kemarau, gelombang panas dan salji tebal ketika cuaca dunia tidak stabil.

10. permintaan tenaga nuklear global meningkat.

11. senjata nuklear digunakan di Timur Tengah dan berkemungkinan akan digunakan dalam konflik yang membabitkan perseteruan Israel-Iran.

12. penarafan keupayaan hutang AS akan diturunkan manakala pelabur mengurangkan pembabitan menyelamat ekonomi tersebut dan nilai dolar akan semakin menyusut.

13. AS hampir berperang dengan China kerana isu semulajadi.

14. skandal besar membabitkan syarikat farmaseutikal

15. China melancarkan serangan elektronik ke atas barat. walaupun kini sudah berlaku tetapi akan menjadi lebih intensif mulai 2012.

16. wujud propaganda keganasan dimana pihak tertentu dalam kerajaan akan melancarkan satu "kempen anti keganasan" yang palsu seperti menjaja isu senjata biologi untuk meyakinkan orang ramai terhadap dasar membuli AS.

17. cubaan memusnahkan kebebasan internet dimana akan ada cubaan signifikan oleh satu atau lebih kerajaan memusnahkan kebebasan internet.

18. tahap kesuburan menurun dan kelahiran manusia semakin berkurangan akibat daripada pengambilan ubat dan bahan kimia yang menyebabkan kualiti sperma rendah.

sumber : harian metro

adakah semua yang diramal bakal berlaku ini adalah petanda bahawa kiamat akan mucul???
bagi orang Islam, nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa " tidak akan terjadinya kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepulah macam tanda2nya iaitu :

1. asap, dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam A.S, yakjuj dan makjuj, tiga kali gempa bumi iaitu sekali di timur, sekali di barat, sekali di semenanjung Arab, dan yang terkhir adalah api yang keluar dari Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar mereka. sumber : sini

Masyaallah, sama2lah kita meningkatkan amalan dan semoga kita semua sentiasa terpelihara daripada segala bentuk bencana...



thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

3 comments:

mysara said...

mmg 2012 ni penh dgn bermcm2 kontroversi yg katanya bakal berlaku..
as a muslim kta harus berpegang teguh spt apa yg dikatakan dlm al-quran..

hazwani yusof said...

tanda-tanda kiamat dah ada, kita perlu tingkatkan keimanan :)

ZairieHusin.com said...

waallahuallam.. :)