budak2 blurr yg comel...

Saturday, June 30, 2012

begin the new life...

assalamualaikum n hye semua...

taktau nak start camna... sekarang ni aku dah officially tamat belajar... officially back to my home... lepas hampir 11 tahun aku merantau, membesar di asrama sejak dari tingkatan 1 lagi sampai ke zaman universiti... aku sendiri tak tau nak describe perasaan aku camna skrang ni..mulai hari ni aku dah kena berfikiran macam org dewasa. kena mula cari kerja. kena mula bersedia hadapi cabaran hidup yang sebenar. seriously, buat masa sekarang aku macam takda hati lagi nak cari kerja..mak aku pun dah tanya bila nak start cari kerja... 

hampir tiga tahun aku bersusah payah menimba ilmu, Insyaallah dengan izinNya, bulan 9 ni aku akan berkonvokesyen. konvokesyen... itu impian setiap orang aku pasti.. sama macam aku... memang bila difikir balik kalau boleh aku nak cepatkan ja tarikh konvo tu..dah tak sabar nak sarungkan jubah tu.. tak sabar nak buatkan mak n abah aku menangis kegembiraan macam masa mula2 diorang hantar aku masuk universiti dulu. aku pasti, mak n abah aku sangat bangga dan bahagia masa tu..sapa tak bangga kan.. anak masuk universiti..tambah2 aku anak sulong plak..mesti harapan tu sangat tinggi supaya aku boleh jadi contoh dekat adik2 aku yg lgi 7 org tu.. dan alhamdulillah, 2 org adik aku yg dh lepas spm turut ikut jejak lgkah aku.. insyaallah tahun depan dua2nya akan berkonvo.. bankrap la aku kena beli bunga smpai 2...huhuhu..

lepas ni aku perlu cari kerja yang lebih menjamin..aku kena balas balik segala jasa dan pengorbanan mak n abah aku... aku tak betapa susahnya diorang nak membesarkan aku 8 beradik..cukup susah...aku nampak semua tu.. lepas ni jugak aku kena betul2 rancang masa depan aku..aku kena lebih fokus dan berkomitmen terhadap diri aku..kalau selama ni, mak n abah yang selalu support aku, tapi lepas ni, aku kena cari duit sendiri.. takkan nak harapkan duit mak bapak lagi kan...

seriously, aku sebenarnya takut nak hadapi dunia baru. aku takut aku tak mampu nak hadapi semua cabaran yang akan dtg... aku tau susahnya bila kita terpaksa cari duit sendiri... kalau boleh aku nak cari kerja dekat2 sini ja.. tahla, aku takut kalau aku dok jauh2 nanti takda org nak jaga mak n abah aku...aku tkt nanti susah aku nak balik jenguk mak n abah aku kalau ada apa2 emergency... tapi masalahnya, mr teddy aku keja kat key ell..hrmmm... aku sangat2 berharap dia dpt tukar kerja kat sini...

pasai kawan2 pulak, dulu kawan2 sekolah semua dah bawa haluan masing2..semua dah bertebaran ke seluruh malaysia... hari ni aku terpaksa pulak berpisah dengan kawan2 universiti aku.. memang lepas ni aku pun taktau bila aku boleh jumpa diorang lagi... semuanya dah balik ke negeri masing2... geng2 lucass..ya, aku pasti akan merindui kalian...itu aku pasti... kalian dah memberi satu memori yang sangat indah dlm hidup aku.. intan, irnie, lucy, najwa, lalan, syuk, husna, dali dan lain2.. thankz for become a gud fren... harap lepas ni kita akan saling berhubung tak kira di manapun kalian berada... 

untuk sapa2 yang akan berkonvo sama dengan aku, tahniah aku ucapkan... moga kita semua bisa mendapat pekerjaan yang lebih menjamin.. aminn...

thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

No comments: