budak2 blurr yg comel...

Monday, September 9, 2013

takda kaitan dengan sesiapa pongggg....

assalamualaikum n hye semua...

saja tetiba teringat diari maya nih...

tadi sebelum deactive fb, terbaca status seorang makcik lebih kurang camni la...

"jangan bersedih kalau impian kita tak tercapai kerana DIA ada perancangan yang lebih baik"

ok. memang ada rasa kecewa, memang ada rasa sedih, memang ada rasa sakit tapi aku yakin kuasa ALLAH.. mungkin dia rindukan tangisan aku, mungkin dia rindukan taubat aku, mungkin dia rindukan doa aku. ya, memang sebagai manusia kadang2 aku alpa, aku leka dan aku lupa... dia datangkan sedikit ujian supaya aku kembali ke jalannya. dia berikan sedikit kesakitan supaya aku kembali mengingatinya.

memang aku tersenyum, tapi dalam hati aku menangis. memang aku gembira tapi dalam hati hanya dia yang tahu. menang aku berdiam tapi bukan untuk menunjukkan aku lemah. aku terima semua ini. aku terima dengan tabah hati. aku berusaha kuatkan hati. ya, aku tahu aku mampu kerana rasa cinta dan sayang ini tak pernah berkurang atau pudar walaupun sedikit. mungkin aku kurang beri perhatian tapi hati tak pernah lupa.

sebagai manusia biasa, aku juga punya hati dan perasaan. aku juga punya impian dan harapan. aku juga punya cita2.. aku bermimpi impian aku terlaksana. bahtera yang akan dibina kekal selamanya. dinakhodai seorang kapten yang paling aku percaya dan sanjungi, cintai.

mungkin ada hikmah yang tidak aku ketahui. semua itu adalah rahsia Allah.

aku menulis bukan untuk simpati, aku menulis bukan untuk publisiti. aku menulis apa yang aku rasakan. aku menulis dengan sejujur hati. aku perlukan dia. ya aku perlukan dia. cukup dengan apa yang sudah terjadi. aku perlu mulakan hidup baru. cukup dengan apa yang sudah terjadi.

untuk dia yang aku sayangi : maafkan diri ini atas semua yang terjadi. maaf andai aku tak sehebat Khadijah isteri nabi. aku insan yang banyak khilafnya.

notatakberkaitan : rahsia hati yang hanya aku ketahui. takda kaitan dengan sesiapapun.

thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

No comments: