budak2 blurr yg comel...

Monday, November 17, 2014

I love to be a pregnant woman...

Assalamualaikum n hye semua...

Arini sesaja nak kongsi2 je apa yang aku jumpa dari fesbuk.. Maaf tuan punya post aku taktau sapa tapi jumpa dalam group orang share je... Mahaaappp lagi skali...

Btw, i'm proud to be a pregnant woman.. Yes, semuanya bagi perhatian lebih2 especially mr hubby la kan... Nak wat tu tak boleh, nak angkat benda berat sikit pun tak boleh...kerja2 rumah pun banyak yg dia tolong...semuanya dia nak buat... Daaannnn yg paling2 best sekali, sebut je nakmakan apa..semuanya akan dicari sampai dapat...hohoohohoh..Dats y la i love u much mr hubby...hehehe...

Rahmat disebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung..

Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan
suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak
dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya..

Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir.
Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit
isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya...isteri disediakan mental untuk melayan anak-
anak nanti..

Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang.
Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan. Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala
kesakitan dan keperitan.

Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya
untuk mendapatkan seorang anak.

Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..

Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin. Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit
ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami....

Notatakberkaitan : nanti bila dah bersalin mesti rindu nak ngandung lagi kan...hoohohoh....


thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

No comments: