budak2 blurr yg comel...

Tuesday, June 14, 2011

anniversary ke??

assalamualaikum n hye semua

harini, 14/6/2011 genap dah setahun....
aku masih ingat lagi macam mana peristiwa setahun tu berlaku....
yes..masih kekal dalam ingatan...
tapi sekarang ni bukan nak cerita kesedihan peristiwa 14 jun la....
aku nak cerita apa yang berlaku dalam tempoh setahun....
ya..setahun..masa yang agak lama...
kalau orang yang mengandung pun dah bersalin dalam tempoh setahun tu...
macam2 boleh jadi dalam tempoh setahun....
apa yang pasti, kehidupan aku dalam tempoh setahun bertambah baik...
alhamdulillah....semuanya menjadi bertambah lancar....
mungkin hanya pada permulaan ja aku rasa sangat2 teruk...
mungkin pada permulaan ada beri kesan terhadap diri aku...
ya aku akui, pada permulaannya kehidupanku agak huru hara...
air mata sering menjadi penghias rupa...
kenangan sentiasa bermain di minda sehingga ada tempat2 tertentu yang aku tak mampu jejakkan kaki....
aku fikir mungkin aku perlukan masa yang agak lama untuk lupakan dia...
tapi alhamdulillah, secara perlahan2 aku mampu membuang dia dari hati..
kehidupan menjadi semakin baik...
apa yang aku tertinggal semasa bersama dia dapat dikejar kembali...
hubungan dengan kawan yang pernah renggang suatu masa dulu kembali kukuh...
masa bersama mereka kembali banyak...
ya, memang terlalu banyak hikmah yang tersembunyi setelah aku kehilangan dia...
dan yang paling penting sekarang, tiada lagi dia dalam hati ini...
tiada lagi kenangan2 bersama dia yang berada diingatan...
tiada lagi air matra duka yang mengalir...
terima kasih ya Allah...
aku belajar menjadi kuat...
aku belajar menjadi penyabar...
aku belajar menjadi tabah...
semuanya setelah aku kehilangan dia...
orang cakap yang patah akan tumbuh kembali dan yang hilang akan kembali berganti...
ya dalam tempoh setahun jugalah yang hilang itu sudah berganti...
harapnya yang menjadi pengganti ini akan jauh lebih baik dari yang telah hilang...


notatakberkaitan : ada orang sambut anniversary hari ni....


thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

2 comments:

♥nyeto89♥ said...

aku 4 mei T_T

masih segar dalam ingatan

Anonymous said...

errr kita punya cerita setahun macam lebih kurang sama..ekekeke..