budak2 blurr yg comel...

Friday, November 14, 2014

Later u speak english with daddy ok...

Assalamualaikum n hye semua....

aku pasti semua orang yang tengah tunggu kelahiran anak mereka mesti dah ada perancangan sendiri untuk anak mereka tu kan... Same goes with me n hubby...ya, kami memang dah ada perancangan untuk si kecik ni walaupun ada lebih kurang 2 bulan lebih sebelum dia lahir... Perancangan tu pasti ada.. Tapi akan tertunaikah perancangan itu, hanya Allah yang maha mengetahui...

Salah satu perancangan kami adalah nak jadikan dia sebagai seorang yang boleh menguasai multi language... Yes... Aku nak anak aku nanti kuasai banyak bahasa... Sekurang2nya 5 bahasa kalau boleh..kalau boleh la kan...hoohoh.. Sapa cakap aku tamak aku tampar laju2... Grr... Plan aku memang dapat sokongan dari mr hubby pun..ok to be honest, dari sekarang pun hubby da eksited pesan kat baby untuk speaking dengan dia nanti.. Ofkos aku sangat setuju sebabnya aku tamaw nanti baby ni tegagap2 nak speaking macam mummy dia nih... Alhamdulillah besyukur dikurniakan suami yang boleh kuasai 3 bahasa walaupun bahasa tamil tu takla pro sangat kan.. Atleast senang nanti nak train baby tu...

Orang cakap melentur buluh biar dari rebungnya..so, plan kami nanti bila dengan mummy akan cakap malay la ofkos sebab mummynya ni pro sangat bahasa melayu..kalau nak suruh cakap indon pun boleh jugak la sikit2... Kalau dengan daddynya akan speking la dia.. Sebabnya aku nak balance antara dua2 bahasa ni.. Aku takmau dua2 kami speking english sebabnya banyak yang aku jumpa bila parent cakap english dengan anak sampaikan nak cakap melayu pun berterabur... Bahasa melayu tu kan bahasa ibunda aku..kenapa nak ketepikan..betul dak???

Satu lagi masalah kat sini bila mr hubby macam tak berapa stuju bila aku minta nanti dia ajar bahasa tamil..katanya tak reti nak ajar sebab susah...haiyooo...tu kan bahasa ibunda dia..apasai tamaw turunkan ilmu tu kat anak sendiri??? Mungkin aku kena minta makcik2 dia ka yg ajar..mungkin la...atau mungkin jugak aku kena pujuk mr hubby ajar jugak atleast basic supaya anak aku nanti sentiasa ingat asal usul keturunan dia.. Yes..aku suka dengan family besar aku sekarang yang campur pelbagai bangsa...

Lagi 2 bahasa? Hmm...nanti la aku gitau... Sebabnya yang tu still dalam perbincangan yang akan ambik masa mungkin dalam 6/7 tahun lagi... Babai...


thankz 4 reading...lau rajin comment2 la yer..jangan lupa tinggalkan link di shoutbox yer..

2 comments:

Siti Sharini said...

Salam Mizah,,

baby nanti kalau nak belajaq bhs jepun mai belajar dgn acik okay hihi..

Anonymous said...

salam kenal :D bagus ade perancangan gtu..baru hebat heheh..anak2 akak english malay boleh ler sket2..yang selainnye n9, kelantan, terengganu hahaha berterabur longhat.

www.adaa-inspiration.com